Beras, Mitos Di Sebalik Kewujudannya…

By Ahmad Hazwan In Android, iPhone, Motherboard, Water Damage No comments

Bagi rakyat Malaysia, nasi merupakan makanan ruji yang dimana nasi ini berasal daripada padi yang dituai lalu menjadi beras. Terdapat pelbagai jenis menu hidangan yang berasaskan nasi ataupun beras ini seperti nasi goreng dan ketupat.

Tapi disebalik keenakan makan ruji rakyat Malaysia ini, terdapat sebuah MITOS yang dahulunya amat dipercayai oleh para pengguna peranti elektronik. Mito tersebut ialah berkaitan dengan kerosakan peranti elektronik akibat terkena air.

Sejauh mana kebenarannya?

Ada yang berkata ianya berkesan dan mereka sendiri mengatakan pernah mencubanya, tidak kurang juga individu-individu yang membuktikan kebenaran ini dengan merakamnya lalu dimuat naik ke media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Youtube.

Di dalam video tersebut, mereka menunjukkan sekali proses yang dilakukan bermula dari awal peranti elektronik itu rosak akibat terkena air sehingga peranti elektronik itu kembali berfungsi dengan normal. Disebabkan keajaiban itu, benda ini di “share” dan menjadi viral.

Itu semua adalah bohong!

Kenapa ianya adalah bohong? Jika menurut sains sekalipun beras ini mampu menyerap air. Jadi, adakah mustahil daripada peranti elektronik yang rosak akibat terkena air itu untuk baik dan digunakan semula seperti sediakala?

Semestinya sains itu betul, tapi kaedah itu yang salah. ini kerana beras hanya menyerap air dengan baik jika ia panas dan dalam keadaan suhu air biasa, beras bukanlah ejen penyerap air yang efisien. Bahkan, jika sesuatu peranti elektronik itu terkena air, semestinya air itu terperangkap dibahagian dalam peranti tersebut. Jadi, dimana caranya air itu akan terserap ke dalam beras?

Mari kita buktikan…

Tahu apa ini? Ini merupakan papan litar utama peranti elektronik atau kita kenali sebagai Motherboard. Fungsi papan ini secara ringkasnya ialah merupakan organ utama untuk menghidupkan peranti elektronik. Tanpa organ-organ ini, mustahil peranti elektronik akan berfungsi.

Dapat dilihat melalui gambar diatas, terdapat tempat yang sempit. Kebiasannya, bagi peranti elektronik yang mengalami kerosakan akibat terkena air akan mengalami kerosakan yang amat teruk di bahagian ini. Secara logik, macam mana beras nak menyerap air yang dah terperangkap dalam ruangan sempit peranti eletronik kita?

Jadi bagaimana cara untuk baikinya?

Cara terbaik untuk membaiki masalah kerosakan peranti elektronik akibat terkena air ini ialah dengan menggunakan peralatan khas iaitu mesin pembersihan ultrasonik. Alat ini sebenarnya bukan 100% mampu untuk menyelamatkan peranti elektronik tersebut. Tapi ia berfungsi sebagai salah satu kaedah untuk memastikan tiada air yang terperangkap dalam ruangan sempit yang terdapat pada papan litar mahupun membersihkan sebarang bentuk pengaratan akibat terkena air.

Sedia maklum, tindak balas kimia yang akan berlaku apabila besi bertemu dengan air ialah pengaratan. Jadi, dengan adanya alat ini yang berfungsi untuk membasmi pengaratan sudah pasti memberikan peluang sehingga 50% untuk peranti kita dapat berfungsi semula. Selepas proses membersihkan menggunakan pembersih ultrasonik ini baru kita boleh lanjutkan untuk mengenal pasti masalah dan memeriksa bahagian lain seperti paparan LCD/AMOLED contohnya sama ada masih berfungsi ataupun turut perlu ditukar.

Semuanya sudah jelas?

Ini adalah penerangan yang ringkas sahaja mengenai mitos merendam/meletakkan peranti elektronik ke dalam beras apabila terkena air dan juga kaedah yang betul untuk menyelamatkan peranti elektronik yang terkena air. Kesimpulanya, merendam/meletakkan dalam beras ada perkara yang sia-sia dan ia tidak mampu menyelamatkan peranti elektronik anda.

Tuntasnya disini, jika pernah mengalami kejadian perantik elektronik termasuk air mahupun terkena percikan air. Seeloknya, terus hantar ke pakar peranti elektronik untuk mendapatkan khidmat nasihat. Seperti #XPERT, kami menawarkan servis pembersihan ultrasonik bermula daripada RM30 sahaja dan tempoh masa yang singkat.

Perlukan bantuan & info?

 Hubungi / Whatsapp +60194677746  http://db.xpert.my
Hubungi / Whatsapp +60194677746  http://db.xpert.my
Hubungi / Whatsapp +60194677746  http://db.xpert.my

📍BERDEKATAN TUNE HOTEL
📍SEBARIS MAXIS
📍SEBARIS UMOBILE
📍BERSEBELAHAN EMA KITCHEN
.
WAKTU OPERASI
10 :00 Pagi hingga 10 : 00 Malam