5 Cara Tepat Mengenal iPhone Tiruan

By Ahmad Hazwan In Blog, iPhone No comments

iPhone adalah peranti paling dikenali di seluruh dunia sejak berzaman lamanya. Sehinggakan kita dapat lihat betapa ramainya pengguna iPhone selfie di hadapan cermin.

Selfie depan cermin bukan bermaksud iPhone tersebut adalah iPhone asli. Kemungkinan juga iPhone tersebut adalah iPhone tiruan. Biar bergaya asal tiruan.

Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti keaslian sesebuah iPhone yang menjadi kegilaan ramai ini? Mari kita semak satu per satu.

1. Rekaan Fizikal
Lazimnya, iPhone tiruan mempunyai beberapa gred — A, AA, AAA, Super King, dan sebagainya. Amat sukar untuk melihat perbezaan rekaan iPhone asli dengan iPhone tiruan gred Super King. Kerana gred Super King membawakan rekaan yang amat persis. Sebaliknya, iPhone tiruan gred A atau AA mempunyai perbezaan ketara. Butang home kelihatan murah, bezel lebih besar daripada yang asal, dan jisimnya lebih ringan berbanding iPhone asli.

2. Kamera
iPhone adalah antara telefon pintar dengan kamera terbaik. Maka, tidak mungkin iPhone tiruan mampu menyamai kualiti kamera iPhone yang asli. Kualiti gambar iPhone tiruan kelihatan teruk — malap, banyak ‘noise’, mudah bergegar, tidak terperinci, dan tidak mampu menyerap cahaya dengan baik.

3. Sistem Operasi
iPhone tiruan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai supaya kelihatan seperti iOS. Namun, ‘iOS’ ini sudah tentu tidak mempunyai App Store, iTunes, Apple Music, dan iCloud. Semak perkara ini supaya tidak tertipu!

4. Tubuh dan Kerangka yang Murah
Picit-picitlah butang volume dan butang home. Butang-butang ini dihasilkan dengan tidak teliti. Justeru, kualiti buatan iPhone tiruan dapat dikenalpasti apabila kita dapat merasai tahap kualiti buatan iPhone tiruan

5. Semak Menggunakan nombor IMEI
IMEI adalah nombor unik yang terdapat pada setiap fon. Untuk mengenalpasti IMEI anda, anda boleh mendail *#06# untuk mendapatkan IMEI. Nombor IMEI boleh juga didapati pada dulang kad SIM dan juga pada bahagian belakang iPhone. Kemudian, semak nombor IMEI tersebut pada laman web yang dipercayai seperti https://imei24.com/imei_check/Apple/

Adalah amat penting untuk kita menggunakan peranti asli. Peranti asli lebih selamat, mempunyai sokongan kemaskini perisian, dan mempunyai jaminan waranti.

 

kredit: Kamarul Afiq