MUDAH LUPA? BETUL KE NI?

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone No comments

Kerap kali didengar dan dibaca perkataan ini, “mudah lupa”. Apa yang mudah lupa itu? Melayu ke? BUKAN ea kawan-kawan.

 

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, saya nak cakap penulisan ini tiada langsung berkait dengan POLITIK. Sumber gambar dari The Star.

Mudah lupa yang saya maksudkan disini ialah sifat kebanyakkan orang kita yang selalu memandang enteng mengenai akaun emel untuk telefon pintar mereka, baik Apple ID ataupun GMAIL. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Mari kita bincangkan:-

Kurang Kesedaran

Punca yang menyebabkan berlaku masalah ini, mereka hanya ingat daftar akaun emel itu bersifat sementara dan boleh ditukar sesuka hati sekirannya terlupa.

Tidak Tahu Fungsi Akaun

Selain itu, ada yang hanya sekadar buat disebabkan keperluan untuk memuat turun aplikasi dan ada juga atas sebab arahan dari penjual untuk mencipta akaun emel.

Pemalas

Topik pemalas ada topik hangat masa kini tau. Antara punca berlaku lupa akaun emel ini adalah kerana mereka tidak betul-betul lupa sebenarnya, akan tetapi disebabkan sifat malas mereka menyerahkan 100% tugasan mencipta akaun emel kepada penjual.

Terlalu Banyak Akaun

Ada juga diantara kita yang mempunyai lebih daripada dua akaun emel seperti contoh setiap kali beli telefon baru, akaun emel baru akan dibuat tanpa mengguna semula akaun emel yang lama. Itu punca kenapa boleh terlupa, sebab keliru akaun yang diguna pakai untuk model telefon yang digunakan.

 

Ini sedikit sebanyak mengapa ramai yang terlupa akaun emel untuk telefon pintar mereka. Pada yang baca ini, tolong ambil berat perkara ini khususnya buat pengguna peranti I(iDevice). Moga selepas ini kes terlupa emel akaun dapat dikurangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.