RUPANYA SKRIN LCD PERANTI KITA TERBAHAGI DUA? BIAR BETUL NI!?

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone No comments

Selalu kita kalau skrin pecah terus sahaja nak tukar LCD betul? sebab apa? sebab ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.

Hal apa itu???

Jika kalian nak tahu, skrin LCD ini sebenarnya ada dua bahagian; di bahagian atas adalah kaca skrin dan bahagian bawah pula merupakan LCD.

kaca skrin untuk iPhone

Fungsi kaca adalah untuk melindungi LCD dari rosak akibat terjatuh/tergesel/percikan air dan sebagainya. LCD pula bertindak sebagai paparan dan juga skrin sesentuh untuk peranti pintar.

Oleh itu, kalau skrin pecah khususnya untuk iPhone mahupun Samsung, jangan ganti skrin LCD atau AMOLED dia terus. Sebaiknya, periksa dahulu sama ada boleh ditukar kaca sahaja ataupun tidak.

Oh, sebelum terlupa perlu diketahui bahawa tidak semua jenis peranti sesuai untuk ganti kaca sahaja. Setengah itu hanya ada skrin LCD satu set sahaja. Maka, kena periksa dahulu kesesuaian peranti pintar anda semua.

PROSES MENCANTUMKAN LCD DAN SKRIN KACA