Ciptaan Kamera Depan Tersembunyi, Oppo F11 Pro

By Ahmad Hazwan In Android No comments

 

Pelbagai jenama sekarang sedang rancak menunjukkan kepakaran mereka dalam teknologi kamera pada badan telefon pintar mereka. Oppo sebuah jenama yang tidak asing turut tidak terlepas untuk menunjukkan kemampuan mereka.

OPPO F11 PRO

Oppo F11 Pro telah hadir dengan ciri menarik yang tersendiri iaitu ciptaan kamera depan yang tersembunyi dan akan muncul ketika ingin menggunakannya.

Kemampuan model ini untuk menangkap gambar pada tahap pencahayaan yang rendah amat memberangsangkan. Disokong oleh dwi-kamera belakang sebanyak 48MP/5MP, imej yang dihasilkan amat memukau dan membuatkan ramai ingin memiliki model ini.

Pada bahagian depan, dilengkapi dengan kamera 16MP dan apa yang menarik, ianya akan “pop-up” pada setiap kali kita ingin menggunakan kamera hadapan. Disebabkan itu juga, Oppo F11 Pro mempunyai ciri paparan skrin penuh pada saiz 6.5 inci. Puas betul layan K-drama ni…

Tanda harga model ini cuma RM1299 sahaja. Sangat murah dan sangat berpatutan kerana dengan harga tersebut, anda sudah layak untuk memiliki model ini dengan kapasiti storan sebanyak 64GB dan kapasiti RAM sebesar 6GB. Sangat puas hati untuk pengguna yang mementingkan reka bentuk. Sebabnya, reka bentuk Oppo F11 Pro ini amatlah menarik disamping menyediakan paparan skrin penuh, kedudukan kamera belakang yang tidak berada dibahagian sudut, memberikan kelainan buat model ini daripada disamakan dengan reka bentuk iPhone.

Kalau ada yang ingin memiliki model ini, boleh datang ke cawangan kami di XPERT Danga Bay sekarang untuk membelinya, jika menggunakan aplikasi Boost anda berpeluang untuk mendapatkan rebat tunai. Jimat lebih dengan Boost dan sangat dipercayai untuk berurusan dengan #XPERT.