PENGGUNA HUAWEI DI DALAM DILEMMA

By Ahmad Hazwan In Android, Blog No comments

Sumber dari Reuters mengesahkan bahawa Google telah menggantungkan perniagaan dengan jenama telefon terkemuka dunia, Huawei dan ia telah menjadi topik yang hangat untuk diperkatakan pada hari ini.

Selain telah disenarai hitam oleh Google, Huawei turut ditekan apabila Qualcomm dan juga Intel telah mengikut jejak langkah Google untuk menamatkan kontrak serta merta dengan Huawei. Paling terkesan apabila semua pengguna Huawei mula risau dengan apa yang akan berlaku pada akaun Google milik mereka serta data yang telah disimpan melalui simpanan Cloud dan juga telefon Huawei yang mereka gunakan sekarang adakah akan tidak dapat digunakan lagi selepas ini.

Persoalan Telah Terjawab

Walaubagaimanapun, terdapat sumber yang mengatakan bahawa untuk pengguna telefon Huawei sebelum ini tidak perlu risau sebab ia tidak akan memberi kesan kepada telefon mereka.

Menurut dari laporan akhbar The Star Online , Pihak Google mengesahkan perkara ini tidak akan menjejaskan mana pihak yang sebelum ini telah memiliki model telefon daripada Huawei dan menambah ianya hanya akan berfungsi seperti biasa.

Boleh menarik nafas lega…..

Para pengguna telefon Huawei boleh menarik nafas lega setelah laporan ini dikeluarkan.

Huawei turut menyatakan bahawa mereka telah menyediakan PLAN B untuk mengatasi masalah ini, berdasarkan sumber daripada The Verge:

“For its part, Huawei has been making preparations for an eventuality of losing access to software from US companies like Google and Microsoft, and it has been developing an in-house operating system alternative to Android. That may be what the company hints at in the final paragraph of its statement when it says it will “continue to build a safe and sustainable software ecosystem.” Sustainable being the key word.”

Harapan Sebagai Pengguna

Bagi kebanyakkan pengguna telefon Huawei, mereka mengharapkan peperangan ekonomi antara syarikat terkemuka Huawei dengan Amerik Syarikat dapat diselesaikan dengan segera dimana perkara ini serba sedikit memberikan kesan kepada mereka.

Oleh itu, buat pengguna telefon pintar Huawei diluar sana, tidak perlu risau dengan pelbagai spekulasi yang tersebar dan sentiasa up-to-date dengan informasi yang sahih.