Tip Berguna untuk Membeli Telefon Pintar yang Baru

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone No comments

Dunia teknologi terus berkembang maju pada tahun 2019, dari permulaan tahun sudah banyak teknologi terkini dalam dunia gadjet khususnya telefon pintar telah dilancarkan. Disebalik berita ini, apa yang harus kita tahu sebagai pengguna ialah cara terbaik untuk memilih telefon pintar yang bersesuaian dengan diri kita.

Tidak mengikut Nafsu

Tidak dinafikan, kebanyakkan daripada kita akan membeli sebuah telefon pintar itu mengikut trendterkini. Tapi, setelah itu adakah kita akan berpuas hati dengan pembelian tersebut atau perasaan RUGI mula menyelubungi diri?

Seharusnya, kita sebagai pengguna harus membeli sebuah telefon pintar itu berlandaskan keperluan serta keistemewaan telefon pintar itu berdasarkan minat dan citarasa kita sendiri. Bukan dengan hanya mengikut citarasa orang lain.

Tip Mudah Untuk Memilih Telefon Pintar

Telefon pintar pada masa kini telah terbahagi kepada beberapa ciri menarik bersandarkan atas keperluan seseorang individu itu tersebut.

  1. KEGUNAAN HARIAN

    Telefon pintar yang sesuai untuk para pengguna yang hanya menggunakan telefon pintar mereka pada kadar minima ialah seperti model keluaran Samsung Galaxy A(2019) dan juga model lain yang menggunakan keupayaan RAM tidak kurang daripada 2GB dengan dilengkapi cip pemprosesan yang baik.Ia amat sesuai untuk golongan yang sekadar mengunakan telefon pintar terhad kepada penggunaan sosial media dan juga panggilan yang dimana keperluan untuk memproses yang sangat laju tidak begitu diperlukan disamping mampu memberikan penjimatan wang ringgit.

  2. FOTOGRAFER

    Bagi yang meminati dunia fotografer, amat digalakkan untuk memiliki model ternama seperti keluaran Huawei, Vivo, dan juga Oppo. Model ini mengutamakan ciri yang menarik pada lensa kamera dibahagian belakang dan juga bahagian hadapan.Keupayaan model-model ini amat menakjubkan dalam menghasilkan kualiti gambar yang tampak profesional disamping mempunyai sokongan ciri AI(Artificial Intelligence) yang membantu untuk menambah seri dalam seni fotografer. Tanda Harga yang ditawarkan amat berbaloi dengan kemampuan telefon pintar tersebut.

  3. USAHAWAN

    Model telefon pintar yang bersesuaian dengan sesorang usahawan tidak lain tidak bukan ialah model daripada keluaran Apple, iaitu iPhone. Mempunyai reka bentuk yang nampak mewah dan bergaya, model ini amat menggutamakan ciri keselamatan dalam simpanan data mereka serta memberikan pengalaman yang amat baik untuk urusan jual beli apabila memiliki environment yang sangat lancar di dalam sistem operasi mereka, iOS.kelancaran yang begitu baik dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi sudah semestinya membuatkan maklumat perniagaan kita akan tersimpan dengan selamat daripada dicerobohi oleh pihak ketiga. Mempunyai sistem operasi yang mampu untuk menjimatkan penggunaan ruang simpanan adalah salah satu kelebihan untuk para pengguna iPhone.

  4. PERMAIN VIDEO

    Selain daripada dunia PC Gamer, era kini turut diperkenalkan pada golongan yang amat giat bermain permainan video atas talian dengan menggunakan telefon pintar yang dikenali sebagai Mobile Gamer yang dimana ahlinya nampak lebih ramai berikutan lebih mudah untuk dibawa ke mana sahaja.Model telefon pintar ini selalunya didatangkan dengan keupayaan RAM yang tinggi serta keupayaan cip pemproses yang sangat bagus dan turut ditambah baik melalui sistem penyejukkan dibahagian cip pemprosesan mereka. Tanda harga bagi model seperti Asus ROG, Xiaomi Black Shark dan Pocophone F1 selalunya berada diatas satu ribu Ringgit Malaysia.

Jangan Tepuk Dada

Secara rumusannya, lebih baik untuk membeli sesuatu telefon pintar bersandarkan keperluan diri daripada nak dibandingkan dengan selera. Sebab selera ini selalunya akan mengikut nafsu, takut kelak kita menyesal kerana tidak berpuas hati.