Teknologi “Water Resistance” & “Water Proof” adalah Gimik?

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone, Water Damage No comments

Tahukah anda, ‘water resistant’ atau ‘water proof’ pada setiap telefon pintar hanyalah lebih kepada “gimik” semata-mata.

Kenapa sebahagian model iPhone atau Sony yang tidak pernah menjalani proses membaik pulih tetap akan mengalami kerosakan yang dikenali dengan istilah “water damage”?

Kebiasannya pengilang hanya menggunakan gasket getah atau pita pelekat getah untuk tidak membenarkan air daripada terus masuk ke dalam telefon pintar. Tapi, ini bersifat sementara sahaja.

Kelebihan getah = Kalis air.

Kekurangan = Akan reput dari masa ke semasa.

Punca gasket getah menjadi reput: suhu / cuaca / dan lain-lain sebab ini yang menyebabkan fungsi gasket getah menjadi tidak efektif.

Untuk peringatan, sifat kalis air ini hanyalah sementara. Jangan pernah sesekali kita mencuba untuk membawa telefon anda masuk ke dalam air dengan sengaja.

Sila ambil perhatian, tiada sebarang tawaran jaminan yang diberikan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi jika berlaku kerosakan yang berkaitan dengan kerosakan air(water damage).