KECOH! Xiaomi Mi 9T terbakar setelah beberapa hari dilancarkan…

By Ahmad Hazwan In Android, Blog No comments

Baru sahaja dilancarkan, sudah terbakar? Produk daripada Xiaomi yang dijenamakan semula kepada Mi 9T telah mencetus kekecohan setelah beberapa hari penjualannya di Malaysia. Menurut beberapa saksi, produk Xiaomi kali ini betul membuat kekecohan dengan kehadiran rekaan tiga dimensi dibahagian belakang yang bercorakkan seperti api yang membakar.

Flaming Red

Jangan marah semua, saya bergurau sahaja. Pertama sekali, saya minta maaf kerana sudah lama tidak memuat naik entri disini atas faktor tertentu. Jadi, mari kita sambung kepada topik perbincangan semula.

Xiaomi, sebuah syarikat dari negara Tembok Besar kali ini mengeluarkan sebuah model yang membuatkan ramai peminat mereka tidak senang duduk. Kita akan ulas kelebihan spesifikasinya pada entri seterusnya, sekarang apa yang saya nak ulaskan ialah rekaan model ini yang sungguh berbeza daripada model lain.

Tanda harga bermula dengan RM1199 untuk model berkapasiti 64GB storan dan 6GB RAM. Model ini tampak gah dan seperti sebuah peranti bangsawan. Rekaan yang berkilat membuatkan corak api yang berada dibahagian belakang peranti ini seolah-olah seperti hidup.

Model yang dikenali sebagai Redmi K20 sebelum ini dan dijenamakan semula kepada Xiaomi Mi 9T untuk pasaran luar hadir dengan tiga variasi warna. Selain warna merah (Flaming Red),  turut didatangkan dengan warna biru (Glasier Blue) dan juga warna hitam (Carbon Black). Semua variasi warna ini mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri bagi memenuhi kehendak pengguna.

Bagi anda yang ingin mendapatkan model ini, boleh terus layari laman Facebook kami, XPERT DANGA BAY atau boleh sahaja terus berhubung dengan pegawai jualan kami, Chemad dengan hanya tekan pada pautan ini: https://db.xpert.my

Sekian dari saya, Insha Allah dalam masa terdekat ini saya akan mengulas pula mengenai spesifikasi dan kemampuan model ini. Sampai jumpa lagi semua.