KAEDAH MENJADI PEMBELI YANG BERILMU

By Ahmad Hazwan In Android, Blog, iPhone No comments

Dunia gajet hari ini telah dimeriahkan oleh pelbagai inovasi terbaru daripada pengeluar terkemuka seperti Xiaomi, OPPO, Vivo, dan Apple.

Ramai yang tidak melepaskan peluang ini untuk menukar peranti sedia ada dengan yang baharu. Daripada pembelian secara tunai sehingga membuat ansuran.

Tapi, sayangnya disini ramai telah membazirkan wang ringgit mereka apabila terbeli peranti yang tidak sesuai dengan kehendak diri mereka sendiri.

Kaedah pemilihan sebuah peranti amat mudah dengan hanya mengamalkan penetapan tiga elemen. Contohnya:

1. Variasi warna
2. Keupayaan cip pemprosesan
3. Kualiti kamera

Setiap individu mempunyai elemen kegemaran mereka sendiri. Pilih tiga sahaja elemen utama yang anda inginkan dan terus sahaja senarai pendek.

Kenapa tiga sahaja?

Semakin minima elemen yang disenaraikan, semakin mudah untuk mendapat pilihan yang sesuai.

Suka diingatkan bahawa untuk kepuasan pembelian sebuah peranti tidak bergantung pada tanda harga. Ini semua perlu bersesuaian dengan keperluan diri individu itu sendiri.

Akhir kata, selamat menjadi seorang pembeli yang berilmu dan bijak membelanjakan wang ringgit.